Tuesday 16 May 2017

TERIMA KASIH CIKGU!

Guru Oh Guru. 16 Mei, seperti sedia maklum, gurulah orang kedua yang bertanggungjawab mendidik selepas ibu dan bapa. Guru,tidak pernah mengeluh dan merungut memberi tunjuk ajar serta banyak bersabar akan keletah dan dan kenakalan anak muridnya meskipun celoteh anak murid  itu melampaui batas.

 Guru, kerna dikau lah, berdirinya aku di sini. 
Kerana dikau lah, kejayaan yang aku kecapi hari ini mampu membanggakan negara.

 Guru, kerna dikau lah semangat aku membara untuk terus menjadi manusia berguna.

 Guru, kerna dikau lah aku mampu mengharumkan nama ibu bapa ku. 

Guru Oh Guru,
Sayangnya hatiku kepadamu lebih tinggi daripada Everest.

Tingginya sanjungku kepadamu lebih tinggi daripada Burj Khalifa.
Jasa mu terlalu banyak untuk ku kenang satu per satu.
Terima kasih atas budi dan keikhlasanmu, cikgu.

Ini, adalah ucapan terima kasih buat guru guru:






Monday 15 May 2017

FIRST UPDATE!

Hello hai and assalamualaikum. Nak review buku ain maisarah, cerita tentang writer famous and paling win novel remaja zaman sekolah rendah siapa je tak kenal. Semua remaja muda especially murid atau pelajar perempuan, suka dan gemar akan penulisan beliau. Peh beliau ni inspirasi kepada sesiapa sahaja yang suka menulis, suka mengarang ayat untuk dijadikan novel menarik bagi menjadi perhatian pelajar perempuan sekolah rendah kebiasaannya.

Buku dan hasil penulisan beliau sangat lah kreatif dan menepati citarasa budak zaman sekarang. Pelbagai buku preloved yang ditawarkan dengan harga yang sangat sangat lah murah dan berbaloi. Separuh atau suku sahaja harga nya daripada harga asal. Jadi, apa tunggu lagi. Buku ni pun nampak sangat baru beli, cuma satu kali sahaja orang yang membacanya, al maklumlah, saya sahaja anak tunggal. 💓